[harga+minyak.jpg]

Khamis, November 27, 2008

Siapa paling Bijak???

Assalamualaikum w..w..

Terlebih dahulu kami dari team blogmaster PemudaTawau mewakili DPPKT mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga ukhti Arnisah (Nisa’ Tawau) atas pemergian ayahanda beliau ke Rahmatullah pada malam 24 November 2008/26 Zulkaedah 1429.Semoga Allah mencucuri rahmatNya atas roh almarhum dan digolongkan dalam kalangan hamba-hambaNya yang soleh…
Setelah perginya seseorang anak Adam kepada penciptaNya sewajarnya kita yang masih diberi kesempatan untuk bernafas menyemak kembali “akaun” amalan masing-masing. Tahniah kepada mereka yang mengalami “penambahan” dan sekalung takziah kepada mereka yang mengalami “pengurangan atau defisit” amalan.

Ada beberapa ungkapan yang “popular” kita dengar mengenai kematian antaranya Mati Suatu Peringatan, Mati Tanda Allah lebih Mengasihi seseorang hambaNya dan Mati Suatu Kepastian. Namun apa yang menarik perhatian penulis ialah ungkapan Tok Guru Nik Aziz yang menyebut kematian sebagai “al-Furqan” antara manusia cerdik dengan manusia yang jahil atau bebal. Ungkapan ini sebenarnya bersandarkan kepada Hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi sebagai menyebut Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitung dirinya dan ia suka beramal untuk bekalan sesudah mati, sedangkan orang yang lemah (tidak cerdik) ialah orang yang selalu mengikuti hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah S.W.T (untuk mendapat kebahagiaan dan pengampunan daripadaNya tanpa beramal soleh).

Seharusnya kita sebagai hamba Allah yang beriman dan memikul tugas Jundullah di bumi Tawau ini khususnya mengambil dasar ini sebagai menjawab persoalan Siapa Paling Bijak?, selain sebagai asas penilaian tahap kecerdikan diri masing-masing dan bukan pada kelayakan akademik yang dimiliki. Janganlah kita hendaknya menjadi manusia yang sentiasa berangan-angan mendapat keampunan Allah walhal kita sebenarnya sangat berkira untuk rukuk dan sujud kepadaNya apatah lagi menadah tangan penuh keinsafan dengan linangan air mata.


Jadilah kita orang yang banyak mengingati mati iaitu yang sentiasa mengawasi diri dari melakukan dosa yang pastinya akan membawa akibat buruk di alam barzakh apatah lagi di akhirat. Setiap yang kita lakukan haruslah mengikut pantang larang Allah dan bukan seperti tepuk dada tanya selera yang boleh membawa konotasi hidup di bawah dorongan nafsu sebaliknya tanyalah iman masing-masing iaitu tepuk dada tanya iman…

Wallahu’alam…PAS FOR ALL

Anasibnmalik =)



Teruskan Baca “Siapa paling Bijak???”  »»

Rabu, November 26, 2008

25-11-1984 – 25-11-2008: Suatu Penilaian

A’kum…Klu ada masa terluang, jemput datang ke rumah mlm ni slps isyak…Ada majlis mkn2 skit sempena ulang tahun kelahiranku..Terima kasih




Begitulah undangan yang penulis terima melalui khidmat sms pada 02:51:44pm daripada seorang sahabat yang disayangi. Penulis berasa sedikit terkilan kerana tidak dapat mengucapkan selamat ulang tahun terlebih dahulu kepada sifu blog DPPKT ini sebelum menerima smsnya dek ‘talian hayat’ handphone penulis yang telah habis. Namun, penulis mewakili team blogmaster DPPKT yang lain serta seluruh warga DPPKT dengan penuh rasa syukur mengucapkan Selamat Ulang Tahun ke-24. Kami mendoakan agar saudara sentiasa beroleh rahmat dan maghfirah daripada Allah S.W.T dalam menempuh hidup sebagai pejuang Dinul Islam menuju redha Illahi.

Teringat penulis beberapa peringatan daripada Tok Guru Nik Aziz mengenai anugerah dan amanah masa MUDA yang sedang kita nikmati sekarang.

Menurut beliau masa muda merupakan kesempatan yang datang secara percuma dan harus dijana demi masa tua. Masa muda ini janganlah dibiar berlalu tanpa erti kerana pada ketika inilah kecergasan fizikal dan mental berada pada tahap terbaik. Kekuatan inilah yang harus dijana dengan melakukan kerja-kerja amal selain berusaha untuk menimba sebanyak mungkin ilmu dan pengetahuan.

Hakikat yang harus diinsafi ialah masa muda tidak akan bertahan dan pastinya akan dipersoalkan kelak di Mahkamah Agung Allah S.W.T kerana masa muda bukan sahaja suatu anugerah bahkan amanah berat yang harus dijaga demi memastikan masa tua penuh kesyukuran bukan penyesalan yang tak berkesudahan.

Suka penulis mengimbau kembali antara kandungan kuliah Maghrib Ketua Pemuda sewaktu melakukan kunjungan amal ke Rumah Anak Yatim Ar-Raudhah yang menerangkan peringatan Allah kepada manusia tentang hakikat penciptaan manusia melaui FirmanNya dalam Surah At-Tin ayat 4-6 yang mafhumnya: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, maka bagi mereka pahala yang tidak putus-putus”

Sama-samalah kita berusaha untuk menjadi golongan yang ‘dikecualikan’ itu antaranya melalui gerak kerja dalam Dewan Pemuda itu sendiri. Semoga sifu blog DPPKT terus istiqamah dalam memimpin perjalanan blog ini yang baru sahaja dilahirkan supaya terus sukses dalam mencapai matlamat pewujudannya insyaAllah…

Wallau’alam… PAS FOR ALL

Anasibnmalik =)



Teruskan Baca “25-11-1984 – 25-11-2008: Suatu Penilaian”  »»

Selasa, November 25, 2008

PAS Tawau Sokong Kempen Tandatangan DAP






Dewan Pemuda Pas Tawau menyokong tindakan DAP Tawau yang melakukan kempen tandatangan membatalkan pembinaan bangunan komersial di Lot D dan E di kawasan Sabindo. Dicadangkan agar bangunan tersebut dimusnahkan seperti keadaan asal.Menurut Ketua Pemuda PAS Tawau saudara Muhammad Nasir ,’’ pembinaan bangunan berkenaan tidak sesuai dan menjadikan kawasan Sabindo menjadi sempit dan sesak” .Menurutnya lagi “ Dewan Pemuda Pas Kawasan Tawau menyokong supaya Badan Pencegah Rasuah (BPR) Tawau melaksanakan penyiasatan skandal tanah Ruang Bandar Sabindo dan mendakwa sesiapa yang didapati bersalah meluluskan bangunan komersial tersebut”.









Realitinya, bangunan itu sekarang ini menjadi ‘misteri’ dan tidak mustahil menjadi tempat atau tapak kegiatan-kegiatan sosial yang merosakkan nilai budi orang Tawau.Inilah jadinya bila merancang tidak secara bijaksana tetapi merancang untuk ‘poket sendiri’



Fikir-fikirkanlah orang Tawau.

Teruskan Baca “PAS Tawau Sokong Kempen Tandatangan DAP”  »»

Jumaat, November 21, 2008

Dilema Wanita Mencari Pekerjaan.

Bila kita bercakap tentang perempuan, gadis, wanita, satu perkara yang selalu terlintas dalam benakku ialah Tudung. Seorang sahabatku pernah mengadu tentang larangan bertudung daripada majikan yang kebanyakannya “bukan Islam” ketika dia bekerja di sekitar Bandar Tawau. Malah didapati beberapa orang kawanku yang dahulunya bertudung kini tidak bertudung atas desakan hidup dan kepayahan mencari pekerjaan.



Mana letaknya maruah agama kita bila mereka yang bergelar majikan atau bos dengan sewenang-wenangnya boleh melarang pekerjanya dari memakai tudung. Tidak kiralah apa pekerjaan tersebut selagi ianya halal, perhotelan ,runcit atau kerani di pejabat sekalipun adalah tidak patut larangan ini dibuat.

Ianya bukan perkara yang baru tetapi masyarakat memandang sepi akan isu ni. Seolah tiada apa apa yang berlaku. Ini baru persoalan yang mudah, isu tudung. Belum kunilai dari keseluruhan aspek yakni menutup aurat sebab bertudung saja tak semestinya menutup aurat. Ada garis panduan yang ditetapkan dalam agama kita.



Itu soal majikan, diri seorang perempuan tu juga kena ada sikap mempertahankan prinsip sebagai contoh sanggup dibuang kerja kerana disuruh buka tudung. Jikalau diri seorang perempuan itu faham benar benar akan perintah Allah tersebut maka tiada “second thought” kerana baginya
meninggalkan apa yang di larang Allah lebih penting dari wang ringgit walau sebanyak mana pun yang ditawarkan di dunia ini.

Isu tudung pada hakikatnya tidak sepatutnya menjadi polemik masyarakat umat Islam yang tidak berkesudahan. Isu ini bukanlah isu etika berpakaian sehingga ia harus dipertimbangkan sama ada perlu atau tidak, sesuai atau tidak kepada masyarakat kita atau bila dan di mana ia wajar dipakai. Isu ini bukanlah isu yang boleh diperdebatkan atau dibincangkan dalam mencari kaedah perlaksanaan yang terbaik, atau samada ia harus diwajibkan atau tidak. Isu tudung adalah isu yang menyangkut soal hukum syara’ dan kedaulatannya. Oleh yang demikian, umat Islam wajib memartabatkan hukum syara’ dan wajib terikat di setiap masa dan detik tanpa menilai pangkat mahupun kedudukan. Inilah hakikat pemakaian tudung.


Tudung telah diWAJIBkan oleh Allah dalam firmanNya yang amat jelas:

“…Dan hendaklah mereka (wanita beriman) menutup kain tudung mereka ke paras dada…” [TMQ an-Nur:31]

Kehendak ayat ini adalah jelas. Allah tidak menerangkan lebih lanjut tentang maksud ayat ini dan tidak terdapat hadis qauli (ucapan Nabi) yang sahih tentangnya. Namun begitu, hadis iqrari (perakuan Nabi) yang sahih tentangnya amat banyak sekali, Ini merupakan hadis berbentuk perakuan Nabi terhadap para sahabat wanita yang semuanya bertudung setelah turun ayat tersebut. Di antaranya adalah:

Yang pertama, hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Ibn Jarir daripada ‘Aishah radhiAllahu ’anha:


"Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) "…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…", serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya."


Kedua, hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim dan Abu Dawud daripada Safiyyah binti Shaybah katanya:


"Ketika kami bersama ‘Aisha r.a., kami menyebut-nyebut tentang kelebihan-kelebihan wanita Quraisy, lalu ‘Aisha menyampuk: "Memang benar wanita Quraisy ada kelebihan, tetapi demi Allah sesungguhnya aku tidak pernah melihat wanita yang lebih baik daripada wanita Ansar dari segi kuatnya iman dan pegangan mereka terhadap kitab Allah. Apabila Allah turunkan ayat (yang bermaksud) "…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…", serta-merta suami-suami mereka balik dan membacakan kepada mereka apa yang Allah turunkan kepada mereka, anak perempuan mereka, saudara perempuan mereka dan semua kaum kerabat mereka, sehingga tiada seorang perempuan pun daripada mereka melainkan bergegas mencari apa saja kain yang ada di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah turunkan, maka jadilah mereka wanita-wanita yang bertudung bersama Rasulullah saw., seperti sekumpulan gagak hitam berada atas kepala mereka."

Jelas sekali, apabila perintah kewajiban memakai tudung diturunkan, kaum wanita Islam zaman awal tidak mempersoalkan sama ada boleh atau tidak, sesuai atau tidak, bila dan di mana dan tidak pula meminta para cendekiawan atau pemimpin mereka membincangkan soal pemakaian tudung; namun mereka bergegas menyambut perintah tersebut dengan mengoyakkan sebahagian kain sarung mereka untuk menutup kepala dan dada. Mereka melakukannya kerana menginginkan keredhaan Allah semata-mata dan bukan kerana ingin mendapatkan keredhaan manusia atas nama ‘glamour’, peraturan sekolah, undang-undang tempat kerja, periuk nasi, tidak sampai ‘seru’, pakaian ‘taqwa’ lebih baik atau pelbagai lagi alasan yang tidak masuk akal. Golongan wanita Muslim awal seperti inilah sepatutnya dijadikan contoh dan teladan kepada kaum wanita zaman kini untuk segera melaksanakan perintah pemakaian tudung, sekiranya merasakan diri merupakan wanita yang beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala
Perintah Agama atau Kenyataan Politik?



Jelasnya, tudung adalah kewajiban agama yang penting. Kewajiban ini dihasilkan secara langsung dari sumber-sumber Islam dan bukan merupakan hasil kenyataan politik terkini umat Islam. Hukum tudung telah ditetapkan oleh ulama salaf yang membentangkan keperluannya seribu tahun sebelum fenomena kebangkitan semula Islam. Hari ini , tudung telah menjadi isu kontroversi umat dan ahli politik; oleh itu, motivasi luhur yang menyangkut soal pemakaian tudung bagi menutup aurat hendaklah lahir hanya dari perasaan/ruh Islam dan bukan yang lain. Tambahan pula, pemakaian tudung yang tidak diasaskan kepada rasa tanggungjawab untuk menegakkan hukum syara’ dan mendapat keredhaan Allah tidaklah bermakna di sisiNya. Ini adalah kerana motivasi menutup aurat seperti ini masih tidak dikaitkan kepada perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala. Pahala dan keredhaan Allah hanya akan diperoleh ketika melakukan sesuatu kewajiban semata-mata keranaNya dan bukan atas alasan yang lain.

Pemakaian tudung adalah suatu kewajiban syara’. Ia bukanlah isu yang terkait dengan pilihan peribadi. Tanggapan bahawa adalah salah menghukum seseorang kerana ia tidak memakai tudung merupakan suatu tanggapan yang terpesong. Tudung juga tidak boleh dianggap sebagai adat budaya orang Melayu. Bagi umat Islam di Malaysia, pendidikan mengenai tudung, hakikat syara’nya dan cara pemakaiannya yang betul hendaklah diperhebatkan. Ini adalah perlu kerana ramai di antara kaum Muslimin dan Muslimat di Malaysia tidak difahamkan dengan jelas, sama ada oleh individu-individu di sekelilingnya, masyarakat, keluarga mahupun pemerintah tentang kewajiban mengenakan tudung dan pakaian menutup aurat yang sah di sisi syara’. Dengan pemahaman ini, masyarakat akan lebih peka mengenai aturan syara’ dalam penutupan aurat. Seterusnya, ini akan menimbulkan kepekaan yang amat tinggi di dalam masyarakat; tegur menegur atas kebaikan, khususnya di dalam isu pemakaian tudung dan busana Islam yang betul akan berleluasa dan nuansa Islam akan menyelubungi seluruh umat.


Teruskan Baca “Dilema Wanita Mencari Pekerjaan.”  »»

Khamis, November 20, 2008

Muat Turun Shotul Syabab

Sedar atau tidak, terdapat ruangan baru dalam blog ini iaitu Ruangan Shotul Syabab.



Ianya merupakan risalah-risalah yang pernah dikeluarkan oleh Dewan Pemuda Pas Tawau sebelum ini. Jadi kepada mana mana individu yang ingin memuat turun risalah tersebut boleh la berbuat demikian. Semoga segala maklumat yang ada di dalamnya dapat dimanfaatkan lebih ramai lagi dan tidak terhenti di sini sahaja.

Sebagai permulaan, isu mengenai Murtad dan Peperiksaan diletakkan di sini dan insyaAllah isu isu lain akan ditambah di masa akan datang.

Akhir kalam, sebarang cadangan, teguran atau apa saja yang dirasakan baik untuk blog ini sila komen di ruang komen dalam entri ini atau e-mailkan pandangan anda ke pemudatawau@yahoo.com.

Terima kasih.

Mengupayakan Perjuangan
Webmaster

Teruskan Baca “Muat Turun Shotul Syabab”  »»

Selasa, November 18, 2008

Tuan Guru Nik Aziz - Sejarah Kehebatan Seorang Agamawan

OKTOBER lepas genap 18 tahun Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 77 menjadi Menteri Besar Kelantan. Usianya ketika beliau mengangkat sumpah sebagai MB 59 tahun.



Beliau dilantik menjadi MB Kelantan pada 21 Oktober apabila PAS berjaya menumbangkan kerajaan BN pimpinan Muhammad Yaacob pada pilihan raya umum ke - 10.

PAS yang bergabung dengan Parti Melayu Semangat 46, Hamim dan Berjasa membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU) menyapu bersih kesemua 39 kerusi DUN dan 13 Parlimen.

Kedudukan kerusi mengikut parti ialah, kerusi DUN, PAS 24, Parti Melayu Semangat 46 13, masing-masing satu Hamim dan satu Berjasa. Manakala untuk kerusi Parlimen, PAS, 6 kerusi dan Semangat 46, 7 kerusi.

Perlantikan itu sesuai dengan kedudukannya sebagai Pesuruhjaya Pas negeri Kelantan. Nik Abdul Aziz mengambil alih jawatan itu pada tahun 1978 daripada Allahyarham Datuk Mohd Asri Muda yang melepaskan jawatan berkenaan dalam keadaan terdesak.

Beliau menguasai parti sepenuhnya pada tahun 1982. Dengan kedudukan itu beliau mengemudikan PAS Kelantan.



Perlantikan Nik Aziz itu melakar sejarah buat dirinya sendiri, kepada PAS dan rakyat negeri Kelantan seluruhnya kerana beliaulah satu-satunya Menteri Besar yang berlatar belakangkan pendidikan agama bergelar ustaz.

Beliau mendapat pendidikan peringkat tertinggi di Darul Ulum Deobond India dan Azhar Mesir dengan memperolehi ijazah dan master dalam bidang Bahasa Arab dan Perundangan Islam.

Perlantikan Nik Aziz itu merupakan Menteri Besar Kelantan yang ke-7 dan yang pertama dari kalangan agamawan atau berpendidikan agama yang mampan.

Menteri Besar Kelantan pertama ialah Tengku Hamzah Zainal Abidin, (1947- 1953) kedua, Nik Ahmad Kamil, (1953- 1958), kedua mereka merupakan Menteri Besar sebelum Merdeka dan dari Perikatan.Menteri Besar ketiga ialah Ishak Lotfi Omar (1959 – 1964), keempat, Mohd Asri Muda (1964 – 1974), kelima, Muhammad Nasir (1974 – 1978), manakala keenam Muhammad Yaacob (1978 – 1990). Keenam-enam MB ini berlatar belakangkan sekular dan tidak bergelar ustaz.


Jika dibandingkan dari segi jangkamasa (tempoh) ternyata Nik Abdul Aziz mengatasi ke semua bekas MB itu. Keenam MB tersebut berkhidmat tidak sampai tiga penggal atau mencecah lebih sepuluh tahun.

Mungkin rekod yang dimiliki Nik Abdul Aziz kini sukar untuk dipecahkan oleh sesiapa saja menjadi MB Kelantan selepas ini.
Perkhidmatan Nik Abdul Aziz kini sudah memasuki tahun ke 19 dan jika beliau berhajat untuk meneruskan perkhidmatannya sehingga pilihan raya akan datang beliau mungkin akan menyamai rekod perkhidmatan Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun.



Sekiranya beliau akan mengundur diri menjelang pilihan raya ke -13 yang dijangka pada 2011 atau 2012 bermakna beliau akan menjadi MB selama lebih tiga dekad dan akan menjadi MB kedua yang lama berkhidmat selepas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang kini sudah berkhidmat selama 27 tahun.

Dalam pada itu kemunculan Nik Abdul Aziz menjadi MB ia juga secara tidak langsung memartabatkan golongan agamawan dan ulama.

Kapasiti beliau sebagai ustaz yang kemudian dinobatkan dengan panggilan “tok guru” menjawat jawatan itu secara tidak langsung menaikan martabat dan darjat golongan agama di mata masyarakat.

Apa lagi kejayaan dan keberkesanan kepimpinan dan pentadbirannya membuktikan bahawa golongan agama – berpendidikan Islam, berbudaya jubah dan serban juga mampu mentadbir dengan baik. Sesungguhnya golongan agamawan tumpang merasa bangga atas kejayaan dicapai Nik Abdul Aziz.

Justeru kedudukan ataupun pandangan seorang kepada golongan ulama sebelum ini sudah berubah.

Dengan kejayaan dan sejarah dicatat Nik Abdul Aziz, ulama sudah dilihat sebagai golongan yang mampu untuk menjadi pemimpin ataupun duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan golongan sekular dan profesional duniawi yang memonopoli jawatan dalam politik.

Tanpa disedari kedudukan dan kejayaan Nik Abdul Aziz juga telah menyuntik semangat kepada golongan Islam tradisional untuk menjadi lebih yakinkan diri sendiri dan bersaing sama dengan golongan sekular yang sering mengakui mereka lebih layak dan pakar mentadbir.

Dalam konteks ini kejayaan Nik Abdul Aziz itu bolehlah dianggap MB itu adalah tokoh pencerahan semula era ulama dan Islam yang sekaligus merungkaikan ikatan rasa rendah diri dan inferiority compleex dari kalangan lulusan agama.
Rahsia kejayaan dan keutuhan pengaruh.

Kejayaan dan ketahanan Nik Abdul Aziz menduduki kerusi itu tanpa pergolakan ialah hasil gabungan dua unsur; personalitinya dan polisi dan dasar Islam yang dibawanya.

Nik Abdul Aziz tidak hipokrit dengan Islam dan tegas serta mengemukakan pendekatan Islam dengan mudah (bukan paksaan) yang dicerminkan menerusi akhlaknya sendiri.
Beliau seorang hamba yang muslim dan pratikal, pemimpin yang mutaqim.

Kehidupannya yang zuhud, bersifat tawaduk, merendah diri dan tidak bertukar bulu selepas menjawat jawatan MB, menyebabkan rakyat teruja dan terpesona serta melihat beliaulah pemimpin yang memimpin dengan akhlak dan bukan dengan slogan.

Yang bersedia mengkesampingkan kepentingan diri dan taqwa kepada Allah.


Ini sesuai dengan fitrah Islam dan juga apa yang ditunjuki oleh Junjungan Agung Nabi Muhammad s.a.w. yang menawan dan menakluki musuh dengan akhlak dan bukan harta benda, kehebatan, kuasa dan keegoaan dengan duniawinya.

Sebaik beliau menjadi MB beliau terus memperkenalkan beberapa polisi dan pendekatan baru ala beliau – stail Nik Abdul Aziz.

Beliau merubah secara perlahan-lahan sehingga mereka yang tidak fokus kepada pentadbirannya tidak akan merasai perubahan demi perubahan yang dilakukan oleh beliau secara evolusi yang mengesankan.


Perubahan itu bermula dari bawah; dari perkara sekecil-kecilnya seperti amalan tidak membazir eletrik dengan menutup suiz lampu sewaktu rihat sehinggalah kepada melarang pemberian hadiah atau cenderamata dan seterusnya kepada penghapusan judi dan maksiat dan pemansuhan pemberian kawasan balak secara tertutup.

Dalam menerapkan stail pemerintahannya, Nik Abdul Aziz seorang yang bijak dan bangkit (responsif) kepada suasana semasa.
Tindakannya juga halus dan bersahaja menyebabkan masyarakat tidak ditimpa satu kejutan budaya yang dibawa itu kandatipun sesetengahnya agak baru dan kontras dengan nilai semasa.

Ini berlaku kerana sebelum beliau menerapkan sesuatu pendekatan baru kepada diri orang lain, baik rakan politik atau kerajaan beliau terlebih dahulu mengamalkannya untuk menjadi teladan kepada umum.

Mengingati kepada tindakan atau kaedah Nik Abdul Aziz ini samalah dengan apa yang diperlakukan oleh Rasulullah s.a.w. sewaktu baginda ingin menyuruh para sahabat mencukur rambut sebagai meraikan kejayaan termaterainya perjanjian Hudaibiyah.

Rasulullah tidak menyuruh sahabat berbuat demikian sebaliknya beliau terlebih dahulu membotakkan kepalanya sehingga ianya kemudian diikuti oleh semua sahabat.

Antara perubahan awal yang dilakukan Nik Abdul Aziz pada tahun-tahun awal beliau menjadi MB ialah;

i. Tidak menerima sebarang pemberian hadiah atau cenderamata sewaktu mengadakan lawatan. ii. Tidak membeli kereta rasmi yang baru dan terus gunakan yang telah sedia ada.

iii .Memotong elaun MB sebanyan 45 peratus iaitu 40 peratus untuk kerajaan dan 5 peratus untuk parti.iv. Menghapuskan elaun berbuka puasa sebanyak RM15,000 setahun.
v. Menghapuskan elaun hari raya sebanyak RM30,000.
vi. Menjimatkan elaun keraian kedua timbalan MB sebanyak RM18,000.

Manakala mengenai polisi dan dasar kerajaan untuk menjamin keadaan sosial yang harmoni dan menepati kehendak agama tindakan hapuskan judi dan maksiat dilakukan dengan segera.

Sebulan selepas menjadi MB, beliau mengumumkan bahawa perjudian toto, loteri dan nombor ekor dan apa juga bentuk perjudian dan maksiat diharam.

Selain itu beliau juga merombak tradisi sebelum ini dengan melantik bukan Islam / Melayu dalam PBT dan mengundang bukan Islam menghadiri majlis anjuran kerajaan atau parti.

Cara ini adalah dakwah secara tidak langsung kepada bukan Islam untuk melihat keindahan, keadilan dan kesyumulan Islam.
Tindakan ini kecil dan bukan memerlukan proposal yang berjela-jela namun ia memberi impak besar dan menyebabkan orang melihat perubahan besar dalam pentadbiran. Dengan pendekatan itu juga menyebabkan masyarakat Kelantan dan diluar mengenali diri dan akhlak Nik Abdul Aziz.

Pemotongan elaun keraian, hari raya, pengharaman judi, maksiat, arak dan sebagainya tidak dibuat oleh mana-mana MB tetapi dilakukan oleh beliau.

Sudah pasti dengan teladan itu menyebabkan ia memberi kesedaran atau menjadikan orang lain malu untuk berlebih-lebih dalam soal itu.

Hasil dari tindakan itu hasratnya untuk membawa kebaikan kepada rakyat ternyata tercapai. Jika diperhatikan tindakan beliau berhikmah dan mempunyai mesej agar ia menjadi ikutan orang lain.
Adilnya Nik Abdul Aziz sebelum beliau melakukan perubahan ke atas diri orang lain beliau terlebih dahulu mengubah dirinya sendiri.
Perubahan di luar dilakukan ke atas pemimpin Pas atau wakil rakyat kemudaian kepada kakitangan Kerajaan yang seterusnya akan terlaksanakan dalam komuniti.
Tarbiayah ke dalaman diusahakan. Pembentukan modal insan ataupun pembangunan insan telah lama diterapkan beliau malahan menjadi keutamaanya.
Seperti mengadakan tazkirah di pejabat, majlis tadarus Quran di jabatan-jabatan atau agensi kerajaan, progam Ihya Ramadhan, sembahyang Terawih di lapangan terbuka dan sebagainya adalah program membersih dan menyucikan jiwa.

Nik Abdul Aziz seorang yang berkeyakinan kepada falsafah kebersihan perbuatan seseorang itu bermula dari jiwa yang bersih.

Dalam usaha untuk mengukuhkan kedudukan dan hubungan beliau sebagai pemimpin politik dan selaku MB dengan rakyat beliau senantiasa turun ke bawah. Lawatan demi lawatan bukan saja dalam waktu rasmi pejabat tetapi di luar pejabat.


Jika dihitung waktu beliau berada di luar rumah (berjuang) lebih banyak daripada waktu di rumah.

Hakikat ini jelas apabila setiap kali beliau keuzuran, demam, sakit dan sebagainya beliau merungut atau terkilan kerana tidak dapat memenuhi tanggungjawabnya sebagai seorang hamba.

Sikap ini menjelaskan beliau seorang yang konsisten kepada tugas dan tanggungjawabnya. Beliau juga jarang sekali mengambil cuti untuk berihat dan menggunakan peruntukan untuk melancung ke luar negeri. Kalau pun beliau mengambil cuti hanya untuk menunaikan umrah.

Beliau seorang juga tidak suka kepada protokol. Tidak ada protokol untuk menemuinya melainkan protokol itu ditetapkan oleh para pegawainya atas tujuan tertentu atau sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Kerana itu pintu pejabatnya terbuka seperti mana terbukanya pintu rumahnya. Dan pintu rumahnya pula terbuka seperti mana terbukanya pintu suraunya yang berdepetan (berhampiran) dengan rumahnya.

Datanglah pada bila-bila masa beliau akan memberi ruang dan kesempatan menemui sesiapa saja atas apa juga tujuan. Ada kalanya mereka yang ke pejabat bukan saja untuk urusan kerajaan dan parti tetapi urusan peribadi seperti untuk mengambil air tawar (air doa) daripadanya.

Itulah antara rahsia ataupun fatwa mengapa beliau disenangi, pengaruhnya terus hijau melebar dan sekaligus dapat bertahan sehingga kini sebagai MB Kelantan. - SD


Teruskan Baca “Tuan Guru Nik Aziz - Sejarah Kehebatan Seorang Agamawan”  »»

Isnin, November 17, 2008

Kad Pengenalan Hijau - Hari kedua

Kecoh, tidak teratur... itulah antara perkataan yang sesuai digunakan untuk menggambarkan situasi di sekitar jabatan pendaftaran negara cawangan Tawau di bangunan persekutuan yang terletak berhadapan dengan perpustakaan Tawau.



Ini merupakan hari kedua rakyat datang berbondong bondong ke JPN Tawau untuk merebut peluang untuk memohon dan memiliki kad pengenalan hijau atau kad pengenalan pemastautin sementara.

Seperti kejadian Sabtu lepas, keadaan huru hara dan nampaknya tiada sebarang usaha yang dilakukan JPN Tawau untuk menenangkan keadaan. Seolah-olah berpeluk tubuh dan buta akan keadaan mereka langsung tidak mengendahkan orang ramai yang beratur panjang demi mengambil nombor giliran di kaunter yang tersedia.


Adakah tiada lagi cara untuk menyelesaikan atau sekurang kurangnya memudahkan orang ramai berurusan dengan pihak jabatan? Perlukah rakyat dibiarkan berdiri dan beratur panjang dan dijemur di bawah panahan terik matahari? Adakah kerana mereka "penduduk sementara"


Keadaan bila penulis tiba di luar pagar bangunan persekutuan Tawau


Adakah ini layanan yang mereka layak terima hanya kerana bukan warganegara Malaysia?



Ingatlah mereka juga manusia yang Allah anugerahkan hati dan perasaan… janganlah wujud layanan “double standard” kerana Allah tidak pandang warganegara seseorang melainkan semua manusia itu sebagai hambanya. Dan nilai seseorang itu ditentukan samada dia seorang yang beriman atau tidak.


Lihat video ni untuk melihat keadaan yang lebih jelas.

Ekoran situasi yang tidak terkawal, penulis dapati cermin di kaunter mengambil nombor giliran pecah dan beberapa gadis pengsan di tengah tengah kesibukan orang berebut di hadapan kaunter tersebut.



Berdasarkan apa yang penulis lihat, memang tiada peluang kepada orang tua, orang cacat, uzur dan kaum perempuan yang lemah untuk berurusan kerana ianya didominasi oleh kaum lelaki yang jauh lebih lasak ketika berebut di kaunter mengambil nombor hari ini.

InsyaAllah Pemuda Tawau akan cuba dapatkan pandangan, keluh kesah orang ramai dalam menghadapi situasi ini.

Akhir kalam, diharap JPN sedar dan dapat mencari jalan terbaik untuk memudahkan urusan permohonan kad pengenalan hijau di Tawau.


Teruskan Baca “Kad Pengenalan Hijau - Hari kedua”  »»

Sabtu, November 15, 2008

Demi Sekeping Kad Pengenalan Hijau



"Makcik sudah tunggu dari pukul 4 pagi lagi dik, akhirnya tak jadi malah dihalau lagi kita!" Inilah antara jeritan marah yang saya dengar ketika bersama ribuan yang berkumpul pagi ini di perkarangan bangunan persekutuan yang menempatkan Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan Tawau. Saya menerima panggilan telefon dari seorang sahabat yang telah berada di tempat kejadian sekitar pukul 7.45 pagi. Ribuan manusia berkumpul di hadapan bangunan malah berbaris dari muka pintu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara sehingga pintu keluar masuk utama bangunan persekutuan sebelum dihalau keluar oleh polis yang menaiki sebuah kereta peronda.



Lautan manusia yang membanjiri perkarangan bangunan ini rata rata begitu bersemangat untuk merebut peluang yang ada untuk memiliki sekeping kad pengenalan hijau (atau lebih sinonim dengan gelaran "ic hijau" di kalangan penduduk), kad identiti sebagai warga berstatus pemastautin sementara di negara Malaysia yang tercinta ini.


Lihat Video untuk melihat keadaan lebih jelas.

Ada yang sanggup datang dari jauh dan menunggu seawal 4pagi dan tidak mustahil jika ada yang lebih awal lagi . Berbaris seawal 6pagi dan berlapar,berdiri di bawah panahan terik matahari demi memenuhi hajat di ini. Begitulah secebis pengalaman merasai kesusahan atau kepayahan yang perlu dihadapi rakyat di Tawau ini. 



Untuk maklumat semua, Kad Pengenalan Hijau (Pemastautin Sementara) adalah untuk mereka yang tidak dapat ditentukan latar belakang ibu bapa masing-masing dan daripada segi kriterianya masih sama seperti mereka mesti dilahirkan di Malaysia dan memiliki sijil kelahiran Malaysia.



Sebelum ini, pengeluarannya telah dihentikan sejak tahun 2004 sehinggalah satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar yang mengharap pengeluaran semula kad hijau akan dapat mengatasi masalah sejumlah 38,672 orang yang tidak mempunyai kad ganti ekoran pengeluarannya dihentikan dan membantu mengatasi masalah penduduk yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri di setiap negeri. Dan menyatakan bahawa pihak JPN akan membuka kaunter pada hari Sabtu dan Ahad mulai 15hb November 2008 dari pukul 8 pagi sehingga pukul 1 petang di ibu pejabat JPN dan semua ibu pejabat JPN di peringkat negeri.





Malangnya, harapan menggunung rakyat dikecewakan begitu sahaja tanpa sebarang maklumat penangguhan dari JPN Tawau, tiada notis walau sekeping pun dilekatkan di pintu hadapan untuk memaklumkannya sehingga rakyat terpaksa menunggu berjam jam sebelum di halau oleh pihak polis yang bertugas.


Diharap keadaan pada hari Isnin minggu hadapan akan menjadi lebih terkawal. InsyaAllah.

Teruskan Baca “Demi Sekeping Kad Pengenalan Hijau”  »»

Rabu, November 12, 2008

Hassan Al Banna : Semarak Perjuangannya Masih Terasa


Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan jasa yang ditaburkan. Inilah yang dapat diperkatakan mengenai keperibadian tokoh pada kali ini iaitu As Syahid Imam hassan Al Banna. Walaupun telah 54 tahun Almarhum meninggalkan kita semua, namun perjuangan dan kegigihannya dalam menegakkan kembali Islam di bumi Mesir tetap kukuh bersemadi dalarn hati sanubari masyarakat Islam hingga ke hari ini.
Tanggal 12 Februari 1949 meninggalkan sejarah hitam dan pilu bagi masyarakat Islam khususnya pejuang-pejuang agama. Pada tarikh itu dunia Islam kehilangan seorang ulama dan mujahid yang menjadi pelopor dalam mengembalikan kegemilangan Islam ke kemuncaknya. Pemergiannya yang tidak diduga merupakan suatu pembunuhan kejam hasil konspirasi musuh-musuh Islam yang berselindung di sebalik Raja Farok, pemerintah Mesir pada ketika itu.

Imam Hassan Al Banna telah dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al Mahmudiya yang terletak di daerah al Bahriyyah, Iskandariah, Mesir. Beliau berasal dari sebuah keluarga Ulama yang dihormati dan terkenal kerana begitu kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam.

Mujahid Islam ini dibesarkan dalam suasana keluarga yang merendah diri dan hidup dalam keadaan yaug serba sederhana. Hassan al Banna merupakani anak sulung daripada lima beradik. Ayahnya, Syeikh Ahmad ibn Abd al Rahman al-Banna. adalah seorang ulama, imam, guru dan pengarang beberapa buah kitab hadis dan fikah perundangan Islam, yang berkelulusan dari Universiti Al Azhar Mesir.

Beliau dikenali sebagai seorang yang bersopan santun, pemurah, merendah diri dan tingkah laku yang menarik. Namun beliau hanya bekerja sebagai pembaik jam di desa al Mahmudiya untuk menyara keluarganya. Masa yang selebihnya digunakann untuk mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al Quran dan hadis kepada penduduk tempatan. Sebagai seorang ulama, Sheikh Ahmed Abdu Rahman al Banna mempunyai perpustakaan yang agak besar di rumahnya.



Beliau menghabiskan sebahagian masanya mempelajari Sunnah Rasulullah dan membincangkannya dengan rakan-rakan di kedai dan di rumah. Hassan al-Banna juga sering menghadiri dan mengambil bahagian dalarn perbincangan tersebut. Pertemuan ini memberi kesan yang mendalam kepada pemikiran, wawasan dan yang penting perwatakannya. Ketokohan, keilmuan dan keperibadian Syeikh Ahmad al Banna diwarisi oleh Hassan al Banna. Sifat kepimpinan Hassan al Banna terserlah sejak beliau masih di sekolah rendah.

Beliau menjadi pernimpin Badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-lkhwan al- Hasafiyah. Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudiannya memainkan peranan penting dalarn penubuhan Ikhwam Muslimin Keluarga Hassan Al- Banna begitu tegas dalam mendidik anak-anak berdasarkan ajaran Islam. Hal ini menyebabkan beliau telah menghafaz Quran dalam usia yang begitu muda dan telah memasuki Pusat Latihan Perguruan.

Selepas tiga tahun di sana beliau mendapat tempat pertama dalam peperiksaan akhir. Beliau telah memasuki Darul Ulum di Kaherah pada awal usia 16 tahun kerana kebijaksanaan dan ilmu pengetahuannya yang luas. Semasa di Kaherah, Hassan al Banna terdedah dengan pergolakan parti politik dan aliran-aliran menentang Islam yang dicetuskan oleh gerakan Kamal Ataturk. Parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular kebanyakannya bertujuan melemahkan pengaruh Islam. Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jamaitul Makram a;-Akhlaq yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam.

Melalui pertubuhan ini, Hassan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat perhimpunan orang ramai. Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain.. Menubuhkan lkhwan Muslim Pada Mac 1928, dalam usia 23 tahun, Hassan al-Banna beserta adik dan lima orang sahabatnya berkumpul di rumahnya dan bersumpah untuk hidup dan mati kerana Islam. Di rumah itu jemaah Ikhwan Muslimin telah ditubuhkan. Pada ketika itu beliau baru mendapat ijazah dari Darul Ulum serta berkhidmat sebagai guru bahasa Arab di salah sebuah sekolah di bandar Ismailiyah.

Ketika ditanya mengapa beliau melibatkan diri dalam kerja kerja dakwah, Hassan al Banna dengan tegas menjawab, ia hanya Allah yang tahu berapa malam kita menghabiskan masa untuk memikirkan masalah Ummah, pada peringkat mana mereka telah melaluinya dan kesakitan dan keperitan yang telah mereka lalui. Dan kita merenung sumpahan yang dikenakan atas kesakitan yang dilalui oleh Ummah.

Kesukaran dan kepahitan yang dilalui oleh mereka mungkin berakhir dengan munajat dari kita sernua. Setelah berkhidmat selarna 19 (tahun dalam bidang perguruan, beliau meletakkan jawatan pada tahun 1946 untuk menyusun kegiatan dakwah yang berkesan dalam masyarakat di bandar. Pengalaman ahli jemaah yang dikumpulkan sekian lama menjadikan Ikhwan Muslimin sebuah gerakan yang berpengaruh.

Di dalam buku "Letter To A Muslim Student" (FOSIS,1995) kedinamikan Ikhwan Muslimin dijelaskan: Pencapaian Hassan al Banna yang paling membanggakan ialah kernampuannya membangunkan organisasi yang canggih dan berjaya menterjemahkan wawasannya dalam kehidupan sebenar. Ikhwan bukan sekadar pertubuhan yang berasaskan sosial, politik atau kumpulan agarria tetapi lebih dari itu.

Menurut Dr. Muhammad Karnal khalifah, Pensyarah di Universiti Cairo melalui mukadimah buku Ikhwan Muslimin dan Masyarakat Mesir, kemunculan Hassan Al Banna yang mendapat inspirasi dari Jamaluddin Al Afghani dan Muhammad Abduh, serta menjalani aliran rakyat melahirkan golongan mukmin yang sebenar-benarnya melalui pengajian dan pembelajaran untuk menyebarkan akidah yang sahih, kefahaman yang betul dan menyeluruh tentang Islam dan sistemnya. Beliau berjuang bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita tersebut. Usaha beliau ini amat dikagumi masyarakat Mesir sehingga Islam kembali kepada kedudukan yang sewajarnya dalam masyarakat.

Dalam usia yang muda, Hassan al-Banna dikagumi kerana penyampaiannya yang jelas dan terang apabila menyampaikan khutbah di masjid. Beliau dapat meyakinkan para pendengar dengan kebenaran yang dibawa, matlamat dan keikhlasannya. Beliau mampu meyakinkan golongan intelektual dan orang biasa. Berdasarkan kepimpinannya, Hassan al Banna adalah pemimpin yang bijak mengatur organisasi.

Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad, seterusnya melaksanakan cita cita perjuangan dengan tegas. lkhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama selepas Perang Dunia Kedua apabila pertubuhan ini turut bertanding dalam perebutan kuasa politik.

Para penentangnya menyifatkan Ikhwan Muslimin sebagai negara di dalam negara. Sehingga tahun 1934, Ikhwan telah menubuhkan lebih 50 cawangannya di Mesir. Pertubuhan ini telah menubuhkan beberapa buah sekolah, masjid dan kilang. Pada penghujung Perang Dunia Kedua, lkhwan mempunyai lebih setengah juta pekerja yang aktif dan setengah juta penyokong (sesetengah sumber menyebut sekitar 3 juta). Lebih 3000 cawangan kesernuanya telah wujud di Mesir dan 50 di Sudan dihasil-kerja Ikhwan yang melangkaui batas negara.

Dalam satu jawapan yang diberikan oleh wartawan barat terhadap dirinya yang bertanyakan siapakah dia, Hassan Al Banna menjawab, saya adalah pelancong yang mencari kebenaran, dan insan yang mencari erti kemanusiaan di kalangan manusia, dan warganegara yang inginkan kemuliaan, kebebasan, kestabilan, hidup yang baik untuk negara dan berjuang untuk menaikkan Islam. Malah, kerajaan British telah menjemput Hassan al Banna ke kedutaan mereka untuk minum teh.

Beliau dipuji kerana perwatakannya yang baik, kerja-kerja kebajikannya untuk membantu anak-anak yatim dan janda. Malah pegawai atasan British menjelaskan bahawa dunia sangat fragile dan Mesir perlu dibangunkan sebagai negara yang moden dan makmur. Pengharaman Ikhwan Muslimin dan Pembunuhan Hassan AI-Banna Pengaruh Ikhwan Muslimin yang kuat amat dikhuatiri oleh Kerajaan Mesir di bawah Noqrashi Pasha dari Parti al-Safdi.

Pada 8 November 1948 Beliau telah mengharamkan Ikhwan Muslimin atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Sumbangan Ikhwan Muslimin menghantar beribu ribu orang pejuang dalam perang menghadapi Israel seolah olah dinafikan. Kesemua cawangannya yang berjumlah lebih 3000 diarahkan supaya dibubarkan. Sekiranya masih beroperasi, mereka akan dikira sebagai pertubuhan haram, pelampau dan pengganas.

Unit-unit tentera Mesir dan tentera Ikhwan Muslimin yang berjuang di Palestine dipanggil balik. Berbagai-bagai tuduhan dan fitnah dilemparkan terhadap Ikhwan Muslimin. Anggota-anggotanya ditangkap, dimasukkan ke dalam penjara, di seksa dengan teruk, malah ada yang dibunuh. Apabila seorang wartawan bertanyakan Hassan al-Banna tentang pengharaman itu, beliau menjawab, apabila kata-kata diharamkan, maka tanganlah yang akan menggerakkannya. Begitu mendalam kata katanya. Tidak lama kemudian Perdana Menteri Mesir telah dibunuh dan Gerakan Ikhwan telah dipersalahkan atas kejadian itu.

Pada bulan yang berikutnya harta benda pergerakan itu telah dirampas dan beribu ribu orang beliau telah disumbatkan ke dalam penjara. Dengan alasan untuk mengendurkan (mengurangkan) ketegangan (konflik) antara Ikhwan Muslimin dan kerajaan, pihak kerajaan menjemput Hassan al-Banna untuk berunding bertempat di Pejabat Jam'iyyah al-Syubban al Muslimin. Sebenarnya jernputan itu hanyalah sebagai helah untuk membunuh beliau. Pada 12 Februari 1949 jam 5 petang, Hasan al Banna bersama iparnya Abdul Karim Mansur, seorang peguam, suami kepada adik perempuannya berada di pejabat tersebut.

Mereka menunggu Menteri Zaki Ali Basya yang dikatakan mewakili kerajaan untuk berunding, tetapi malangnya Zaki Ali Basya tidak kunjung tiba. Akhirnya setelah selesai menunaikan solat Isyak mereka memanggil teksi untuk pulang. Ketika baru sahaja menaiki teksi yang dipanggil, dua orang yang tidak dikenali menerpa ke arah teksi dan salah seorang daripada mereka terus melepaskan tembakan pistol. Mereka berdua terkena ternbakan itu. Iparnya itu tidak dapat bergerak akibat terkena tembakan tersebut.

Walaupun terkena tujuh tembakan, Hasan al-Banna masih mampu berjalan masuk semula ke pejabat Jam'iyyah al Syubban al-Muslimin memanggil ambulans untuk membawa mereka ke hospital. Setibanya di hospital Qasral 'Aini, mereka dikawal rapi oleh Jeneral Muhammad al-Jazzar dan tidak membenarkan sebarang rawatan diberikan kepada Hasan al Banna. Pada pukul 12.50 tengah malam, Hasan al-Banna menghembuskan nafas yang terakhir akibat tumpahan darah yang banyak. Pengurusan Jenazah (part paling menyayat hati) Pada pukul satu pagi pihak polis menyampaikan berita kematian kepada ayah Hasan al-Banna dengan dua pilihan: Pihak polis akan menghantarkan jenazah ke rumahnya untuk beliau menjalankan urusan pengebumian pada jam sembilan pagi tanpa sebarang perhimpunanj, jika tidak menerima tawaran pertama itu, pihak polis sendiri terpaksa membawa jenazah dari hospital ke kubur tanpa beliau melihat jenazah anaknya itu.

Ayah Hasan al Banna menerima pilihan yang pertama. Sebelum fajar menyingsing, jenazah as-Syahid dibawa ke rumahnya di Hilmiah al-Jadid dengan sebuah kereta yang dikawal rapi oleh polis yang lengkap bersenjata. Di sekitar rumahnya juga terdapat polis dan tentera berkawal dengan rapi. Mereka tidak membenarkan sesiapa pun menghampiri kawasan tersebut. Jenazah Almarhum dibawa masuk ke rumahnya secara tidak ada orang yang melihatnya dan tidak ada yang mengetahui masa ketibaannya. Sheikh Ahmad Abdur Rahman, ayah Hasan al-Banna yang sudah berusia lebih 90 tahun itu dengan penuh kesabaran memandikan dan mengapankan jenazah anaknya yang baru berusia 43 tahun itu seorang diri.

Setelah diletakkan ke atas pengusung, beliau memohon pihak polis mencari beberapa orang untuk mengusungnya. Tetapi pihak polis menjawab, biarkanlah orang-orang perempuan tolong mengusungnya. Polis tidak membenarkan sesiapa datang ke rumah tersebut untuk mengucapkan takziah dan tidak dibenarkan membaca al-Quran. Ayah Hasan al-Banna tidak dapat berbuat apa apa lagi. Beliau dengan tiga orang perempuan terpaksa mengusung anaknya itu menuju ke Masjid al-Qaisun untuk disembahyangkan. Pihak polis lebih dahulu telah pergi ke masjid memerintah orang-orang yang ada di situ supaya meninggalkan masjid. Sheikh Abdur Rahman seorang diri menunaikan solat jenazah ke atas anaknya itu. Kemudian mereka meneruskan pengusungannya menuju ke perkuburan untuk disemadikan jenazah Almarhum.

Pada waktu itu usia Hassan Al-Banna baru mencecah 43 tahun. Anak bongsunya telah dilahirkan pada hari yang sama isteri Hassan Al-Barma menamakannya "Esteshhaad" yang bermaksud syahid. Pembunuhan Hassan al-Banna adalah satu perancangan pihak istana dengan arahan Raja Farouk dan Perdana Menterinya Ibrahim Abdul Hadi. Sebab itulah tidak ada sebarang tindakan ke atas penjenayah dan orang yang terlibat.

Kes pembunuhan ini walaupun telah dibawa ke mahkamah beberapa kali, tetapi telah ditangguhkan. Pertama kali dibawa pada masa pernerintahan Perdana Menteri Ibrahim Abdul Hadi. Kedua, pada masa pernerintahan Perdana Menteri Husin Sari. Ketiga, pada zaman pernerintahan Perdana Menteri Mustafa al Nahhas Basya. Pada 23 Julai 1952 satu revolusi telah tercetus. Raja Farouk terpaksa turun dari singgahsananya. Berikutan itu, kes ini dibuka semula. Penjenayah ditangkap dan pada 2 Ogos 1954, Koperal Ahmad Husin Jad dikenakan hukuman penjara seumur hidup dengan kerja berat. Pemandu kereta, Sarjan Major Muhammad Mahfuz Muhammad dikenakan hukuman penjara 15 tahun dengan kerja berat. Major Muhammad al Jazzar dikenakan hukuman satu tahun penjara dengan kerja berat. Sejak pembunuhan terhadap Hassan al Banna, ramai pendukung Ikhwan Muslimin yang telah ditindas dan dizalimi. Namun tindakan tindakan tersebut menyebabkan pertubuhan itu bukan sahaja semakin bertambah kuat di Mesir, malah telah mengembangkan sayapnya di negara-negara Arab.

Kebangkitan Islam yang berlaku di negara Arab pada hari ini sebenarnya secara tidak langsung bertitik tolak dari Gerakan Ikhwan Muslimin, Tegasnya, Hasan al-Banna merupakan seorang pejuang yang gigih dan berani, berjaya menyedarkan masyarakat dengan fikrah dan pendekatan barunya dalam gerakan dakwah dan manhaj tarbiahnya yang syumul. Walaupun beliau telah pergi menemui Ilahi, namun fikiran dan gerak kerjanya masih menjadi rujukan dan pegangan pejuang pejuang dan harakah Islamiah pada hari ini.

Teruskan Baca “Hassan Al Banna : Semarak Perjuangannya Masih Terasa”  »»

Isnin, November 10, 2008

Sampai Seru Sudah Bah!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani…SYUKUR ALHAMDULILLAH…lapang rasa dada…itu antara perasaan yang menguasai pemikiran ketika tulisan ini dibuat.siapa sangka harapan yang selama ini hanya di bibir kini dapat disaksikan oleh MATA iaitu antara organ manusia yang paling menakjubkan menurut “jumhur” saintis di seluruh dunia..masakan tidak sehingga ke hari ini, mata adalah antara organ yang masih GAGAL untuk “dicipta” oleh manusia dek kekompleksan sistem dan fungsinya walaupun memiliki segalanya yang dipanggil high-tech machine, namun segalanya ternyata terlalu kuno di sisi Khaliq..


Terimalah hadiah ndak seberapa dari kami, pengendali blog rasmi Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau.Inilah yang kami maksudkan “sampai seru sudah bah!!!”Apa yang kami sebenarnya cuba realisasikan ialah saranan yang telah sekian lama dicanangkan oleh Ketua Pemuda yang menyedari tuntutan untuk mengupayakan lagi perjuangan pemuda di bumi Tawau melalui pendekatan yang baru selari dengan kemajuan zaman.

Walaupun agak sedikit lewat berbanding dengan beberapa kawasan lain khususnya di semenanjung, kami berharap permulaan ini dapat mencetuskan ikhtiar yang seterusnya dalam menambah baik kualiti blog ini di masa akan datang..semoga dengan wujudnya blog DPPKT ini dapat menyemarakkan lagi perjuangan dakwah selari dengan tuntutan situasi mutakhir yang menuntut seruan amar makruf nahi mungkar untuk dilakukan dengan lebih proaktif iaitu melaui saluran terkini seperti laman blog..atas kesedaran perlunya jaringan yang lebih luas untuk menyebarkan maklumat yang tepat dan ilmu yang bermanfaat usaha mengwujudkan blog DPPKT ini telah diadakan..Dengan itu diharapkan blog ini dapat menjadi sumber maklumat alternative bagi menepis dakyah songsang musuh-musuh Allah yang sentiasa dengan usahanya untuk menutup pintu-pintu kebenaran Islam. semoga usaha kecil ini dapat dimanfaatkan oleh semua dan insyaAllah akan beroleh rahmat yang besar dari Allah SWT.

Firman Allah “Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengadakan kebohongan terhadap Allah padahal dia diajak kepada (agama) Islam? Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orng-orang yang zalim. Mereka hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut(ucapan-ucapan) mereka, tetapi Allah telah menyempurnakan cahayaNya meskipun orang-orang kafir membencinya” Surah As-Saf:7-8

Wallahu’alam..

Selamat membaca dan memberi komen!!!

PASS FOR ALL

Teruskan Baca “Sampai Seru Sudah Bah!”  »»

Ahad, November 09, 2008

Mengenai Kami

Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau


 “Bersedia berkhidmat dan menabur bakti serta amal kepada semua lapisan masyarakat kea rah kelangsungan hidup bernegara untuk mencapai redha Illahi”

 

Visi DPPKT


“Memperkasa Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau sebagai entiti terpenting PAS Tawau”

 


Misi DPPKT


“Melahirkan golongan syabab yang proaktif melalui gerak kerja organisasi yang munazamah bagi menobatkan Islam di Tawau”

 


Ikrar Pemuda


Bahawasanya kami ahli-ahli Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau berikrar;

  •             Allah Tuhan kami,
  •             Allah matlamat kami,
  •             Ar-Rasul ikutan kami,
  •             Al-Quran panduan kami,
  •             Beramal kerana Allah syiar kami,
  •             Berjihad di jalan Allah jalan kami,
  •             Mati di jalan Allah cita-cita tertinggi kami.

 


Piagam Pelanggan DPPKT


Memberi khidmat kepemudaan secara telus dan jujur kepada semua golongan masyarakat khususnya golongan pemuda.

  1. Memberi ruang dan peluang kepada semua golongan pemuda untuk melibatkan diri dalam setiap aktiviti Dewan Pemuda.
  2. Memberi ruang dan peluang serta motivasi kepada semua ahli pemuda untuk melibatkan diri secara aktif dalam saf kepimpinan.
  3. Memberi layanan dan ruang perbincangan ilmu, muzakarah serta apa jua cetusan minda yang sihat dengan mana-mana pertubuhan, parti politik, badan dakwah, badan kebajikan dan pertubuhan bukan kerajaan.
  4. Mematuhi dan melaksanakan arahan dan tugas yang telah ditetapkan oleh PAS Kawasan Tawau, Dewan Pemuda Negeri Sabah serta ketetapan Dewan Pemuda PAS Malaysia.

 

Alamat DPPKT


Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau,

TB 322, Tingkat 3, Blok 38 Jln. St. Patrick,

Kompleks Fajar, Peti Surat 62040

91030, Tawau Sabah.

 

Tel: 089-760214

E-Mail: dppkt_pemuda@yahoo.com

Teruskan Baca “Mengenai Kami”  »»

Dewan Pemuda PAS Tawau © DPPKT Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau,TB 322, Tingkat 3, Blok 38 Jln. St.Patrick, Kompleks Fajar,PS.62040 91030, Tawau Sabah Tel: 089-760214.

KEMBALI KEATAS